8 Khasiat Pokok Lidah Buaya Yang Perlu Anda Tahu

Aloe Vera atau lebih dikenali dengan nama Pokok Lidah Buaya.  Ia lebih dikenali sebagai perawat masalah kulit, pada masa yang sama boleh merawat masalah kesihatan yang lain. Terdapat pelbagai khasiat pokok lidah buaya kepada kesihatan. 8 khasiat pokok lidah buaya atau aloe vera seperti berikut : 

BACA JUGA : 3 Cara Buang Blackhead Di Hidung Secara Semula Jadi

1. Khasiat Pokok Lidah Buaya Mengandungi Bahan Bioaktif Yang Boleh Meningkatkan Tahap Kesihatan

Pokok Lidah Buaya adalah tumbuhan yang mempunyai dahan atau daun yang tebal, mengandungi banyak air di dalamnya.

Ia banyak digunakan di dalam produk kecantikan, kosmetik, farmasi dan industri makanan. Dianggarkan bahawa tumbuhan ini menyumbangkan kepada $13 Billion dalam harga pasaran.

Setiap daunnya penuh dengan tisu licin (gel) yang menyimpan air dengan banyak, sehingga bentuknya menjadi tebal. Gel tersebutlah yang digunakan di dalam produk-produk kecantikan.

“The gel contains most of the bioactive compounds in the plant, including vitamins, minerals, amino acids and antioxidants.”

2. Pokok Lidah Buaya Mengandung Antioksida Dan Antibakteria

Antioksida memainkan peranan yang penting kepada kesihatan. Gel pokok lidah buaya mengandungi kadar antioksida yang kuat, yang tergolong dalam keluarga polyphenol.

Polyphenol ini, serta komponen yang lain di dalam pokok lidah buaya, boleh menghalang pertumbuhan beberapa jenis bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan kepada badan.

3. Pokok Lidah Buaya Boleh Mempercepatkan Penyembuhan Kesan Terbakar

Pokok lidah buaya sangat biasa digunakan dalam kaedah rawatan sapu berbanding dengan rawatan makan.

Khasiat pokok lidah buaya ini sudah lama digunakan dalam rawatan kepada kudis, kesan kulit terbakar dan mengelakkan kesan cahaya matahari.

BACA JUGA : 7 Khasiat Buah Tembikai Yang Menyembuhkan Pelbagai Penyakit

Terdapat kajian yang mendapati bahawa pokok lidah buaya ini boleh merawat kesan kulit terbakar 9 kali lagi cepat berbanding ubat biasa yang terdapat di pasaran.

4. Air Pokok Lidah Buaya Boleh Mengurangkan Plak Gigi, Setanding Dengan Mouthwash

Pereputan gigi dan masalah gusi adalah salah satu masalah oral yang biasa dialami. Antara cara terbaik untuk mencegah daripada perkara ini berlaku adalah dengan mengurangkan pembetukkan plak pada gigi.

Dalam satu kajian ke atas penggunaan mouth rinse yang melibatkan 300 orang yang sihat, mendapati bahawa air dari pokok lidah buaya setanding dengan mouthwash yang lain – hanya dalam 4 hari.

Kajian yang lain turut mengesahkan perkara ini.

Perkara ini berlaku kerana lidah buaya boleh membunuh bakteria penyebab plak gigi, yang dikenali sebagai Streptococcus dan yis Candida Albicans.

Menurut laman web Healthline.com, penggunaan pokok lidah buaya dipercayai telah digunakan pada zaman Mesir purba pada 6,000 tahun yang lalu.

5. Pokok Lidah Buaya Boleh Merawat Ulser Mulut (Pecah Bibir)

Ramai orang yang mengalami ulser mulut – mesti ada punya dalam sepanjang hayat mereka.
Biasanya, ulser mulut ini akan berlaku pada bibir, di dalam mulut dan akan berlanjutan selama 7-10 hari.

Sudah banyak kajian yang mencadangkan bahawa pokok lidah buaya ini boleh dijadikan sabagai satu kaedah rawatan berkesan kepada ulser mulut.

Di dalam satu kajian selama 7 hari ke atas 180 respondan yang kerap mendapat ulser mulut, diarah untuk menyapu sedikit cebisan gel pada ulser tersebut setiap hari.

Walaupun tidak setanding dengan ubat farmasi seperti Bonjela atau produk yang mengandungi cortocosteroids yang lain, tetapu tidak dinafikan bahawa ia boleh dijadikan sebagai satu alternatif yang berkesan.

Dalam kajian yang lain, mendapati bahawa gel dari pokok lidah buaya ini bukan sahaja boleh merawat ulser, malah mengurangkan rasa sakit!

Win $5000 By Logging On www.krogerfeedback.com

6. Pokok Lidah Buaya Boleh Merawat Sembelit

Pokok lidah buaya boleh digunakan untuk merawat sembelit.

Kali ini bukan pada gelnya, tetapi pada latexnya – iaitu sejenis lebihan berwarna kuning yang melekat, dijumpai dibawah kulit daun aloe vera ini.

Salah satu komponen yang bertanggungjawab kepada kesan ini adalan dipanggil aloin atau barbaloin yang boleh bertindak sebagai laxative.

7. Manfaat Pokok Lidah Buaya Untuk Wajah dan Kulit

Terdapat beberapa bukti yang menunjukkan bahawa pokok lidah buaya boleh melambatkan proses penuaan.

Dalam satu kajian ke atas 30 wanita yang berumur atas 45 tahun, sapuan gel pokok lidah buaya yang kerap (90 hari) boleh meningkatkan penghasilan kolagen dan mengembalikan keanjalan kulit.

BACA JUGA : 5 Tips Yang Perlu Dilakukan Jika Anda Mengalami Migrain Yang Kronik

Kajian yang lain pula mendapati bahawa pokok lidah buaya boleh mengurangkan erythema (kesan merah pada kulit), tetapi pada masa yang sama mendapati bahawa ia boleh dehidrat sel kulit.

8. Pokok Lidah Buaya Boleh Mengurangkan Kadar Gula Dalam Darah (Terutama Bagi Pesakit Kencing Manis)

Kadang-kala, pokok lidah buaya turut digunakan sebagai satu rawatan tradisional untuk pesakit kencing manis (Diabetes)

Ia dikatakan boleh meningkatkan sensitiviti insulin dan membantu pengawalan gula dalam darah.

Beberapa kajian ke atas manusia dan haiwan yang mempunyai kencing manis tahap 2, mendapati bahawa pengambilan ekstrak pokok lidah buaya boleh memberikan kesan yang positif.

Kesimpulan

Tidak dinafikan bahawa  terdapat pelbagai khasiat pokok lidah buaya ini, terutama kepada kesihatan dan kecantikan.

Harap artikel ini memberikan manfaat kepada anda semua. Silakah kongsikan artikel ini agar orang lain dapat tahu perkara ini juga.

 

FotoHealthline.com

Masukan email anda untuk melanggan artikel percuma dari kami.

Anda mungkin meminati