Laman Informasi Dan Inspirasi

- Advertisement -

Cara Mendidik Anak Yang Baik Yang Anda Patut Amalkan

Melihat kepada perkembangan teknologi dan kepesatan pembangunan dunia kini, ada satu persoalan yang mulai bermain di fikiran hampir kesemua ibubapa.

Persoalannya adalah dari segi mendidik anak-anak. Adakah kita masih boleh menggunakan cara didikan tradisional terhadap anak-anak masa kini seperti mana cara kita dididik oleh ibubapa kita?

BACA JUGA : Rahsia Cara Mendidik Anak Perempuan Dan Membesarkan Mereka

Dengan setiap teknologi baru yang dibangunkan, dunia ini menjadi semakin kecil. Maksudnya disini adalah dari segi perhubungan, pengangkutan dan sebagainya. Maklumat dapat disampaikan dari sebuah tempat ke tempat yang lain sekelip mata.

Ia sekaligus memberikan kelebihan dan peluang tanpa batas untuk anak-anak kita. Begitu juga dengan cabaran yang turut dibawanya. Jadi, bagaimana sebenarnya cara mendidik anak yang baik dan sesuai untuk diamalkan pada masa kini?

Jangan Sempitkan Pemikiran Anda dan Anak-Anak Anda

Walaupun kita tidak dapat mengenalpasti samada segala kelebihan dan peluang ini sebenarnya mampu membawa kepada generasi yang lebih baik atau tidak, tapi kita sebenarnya tahu bahawa untuk memastikan anak-anak kita mampu bersaing dan tidak ketinggalan, kita memerlukan lebih daripada kemahiran-kemahiran asas seperti membaca, menulis dan mengira.

Anda perlu mengajar mereka lebih dari kemahiran-kemahiran yang disebutkan tadi. Anda perlu mengajar anak-anak anda untuk menjadi lebih fleksibel, kreatif dan juga proaktif. Mereka perlu berkemahiran untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berfikiran kritis, mampu berkomunikasi dengan baik, mampu mengutarakan idea bernas mereka secara efektif dan juga mereka perlu mempunyai kemahiran untuk bekerja dalam kumpulan sesuai dengan keperluan zaman.

Jadikan Pemikiran Anak Anda Lebih Global

Jangan hadkan pemikiran dan pandangan anak-anak anda kepada negara kita sahaja. Bagi mereka kenal dunia secara menyeluruh. Untuk memudahkan perkara ini, anda boleh gunakan peta dunia ataupun glob. Ajar anak-anak anda mengenai geografi dunia secara menyeluruh.

Anda boleh bermain permainan seperti mencari negara diatas peta dunia tersebut. Setelah anda berjaya untuk mendapatkan perhatian anak anda, anda boleh bermula untuk bercerita mengenai setiap negara tersebut. Mula dengan perkara-perkara menarik mengenai setiap negara dari segi sejarah dan warisan negara-negara tersebut.

BACA JUGA : Cara Mendidik Anak Lelaki Menjadi “Gentleman”

Bincangkan dengan anak-anak anda mengenai perkara yang sedang berlaku di negara tersebut dan ajar anak-anak anda supaya mereka turut mempunyai pendapat dan pandangan mereka sendiri. Apapun, anda harus ingat bahawa anda jangan sesekali terlebih mengkritik pandangan anak-anak anda. Ajar mereka supaya mereka dapat menerima perbezaan pendapat dengan orang lain.

Bantu Anak Anda Untuk Kuasai Lebih Dari Satu Bahasa

Sebenarnya, banyak kelebihan jika anak anda mampu untuk menguasai lebih dari satu bahasa. Ia bukan sahaja mampu untuk meningkatkan gred anak anda dalam peperiksaan, ia juga mampu menjadikan pemikiran anak anda lebih terbuka kerana dengan mempelajari bahasa lain, anak anda secara tidak langsung akan turut mempelajari budaya orang lain.

Bagi memudahkan anda untuk memahami perkara ini adalah, di sesetengah negara, nada dan gaya bahasa yang digunakan untuk berkomunikasi adalah berbeza mengikut peringkat umur. Ada juga negara yang langsung tidak ada perbezaan jika anda bercakap dengan orang yang lebih muda atau lebih tua.

Sebagai kesimpulan, selaku ibubapa, anda digalakkan untuk mengajar anak anda supaya lebih bersifat global. Hal ini adalah perlu untuk menjadikan anak anda mampu untuk bersaing di pentas dunia.

Ia juga adalah perlu untuk memastikan anak-anak anda memahami dan mampu untuk menghadapi cabaran yang ada dalam dunia yang semakin pesat membangun.

Anda mungkin meminati