- Advertisement -

Ketahuilah Adab Bercakap Menurut Islam

Rasulullah S.A.W pernah ditanya sebab yang paling banyak mengakibatkan orang masuk syurga, Rasulullah saw menjawab, “Taqwa kepada Allah S.W.T dan berakhlak mulia”. Rasulullah saw juga ditanya sebab yang paling banyak mengakibatkan orang masuk neraka, Rasulullah saw menjawab, “Mulut dan kemaluan”. (Hadith Riwayat Timidzi)

Kenapa kita dilahirkan dengan dua mata, 2 telinga tetapi hanya satu mulut? Supaya kita lebih banyak melihat dan mendengar daripada banyak bercakap. Pepatah Melayu juga ada mengatakan “Kerana mulut badan binasa”.

Ketahuilah Adab bercakap menurut Islam :

1. Semua perkataan mestilah membawa kepada kebaikan

Daripada Abu Huraira diriwayatkan Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “Siapa yang beriman kepada Allah S.W.T dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau ia diam.” (Hadith riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

2. Bercakap mestilah jelas dan mudah difahami

Aisyah ra berkata: “Bahawasanya Rasululllah saw itu selalu jelas sehingga difahami oleh semua yang mendengarnya.” (Hadith riwayat Abu Daud)

3. Rendah diri dan menjauhi sikap berdolak dalih

Sabda Rasulullah saw: “Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku di hari kiamat ialah orang yang banyak bercakap dan bersifat sombong dalam bercakap.” (Hadith riwayat Tarmizi – Hadith Hassan)

4. Menghindari banyak bercakap, kerana khuatir membosankan orang yang mendengar

Seperti hadith yang diriwayatkan oleh Abu Wa’il: “Adalah Ibnu Mas’ud ra, senantiasa mengajari kami setiap hari khamis, maka berkata seorang lelaki: “Wahai Abu Abdurrahman (gelaran Ibnu Mas’ud)! Seandainya engkau mahu mengajari kami setiap hari?” Maka jawab Ibnu Mas’ud: “Sesungguhnya tidak ada yang menghalangiku memenuhi keinginanmu, hanya aku khuatir membosakan kalian, kerana aku pun pernah meminta yang demikian pada Nabi saw dan Baginda menjawab khuatir membosankan kami.” (Hadith riwayat Muttafaq’alaih)

5. Bercakap benar dan menghindari dari menyatakan yang dusta

Ada pepatah mengatakan, “Bercakap benarlah kamu, walaupun yang benar itu pahit, kerana kepahitan itu adalah penawar yang mujarab”

“Tanda-tnda munafik itu ada 3, jika ia berbicara berdusta, jika ia berjanji mengingkari dan jika diberi amanah ia khianat.” (Hadith riwayat Bukhari)

6. Mengulangi kata-kata yang penting, jika diperlukan

Anas berkata: “Apabila Rasulullah saw bercakap, maka Baginda akan mengulanginya sampai tiga kali sehingga semua yang mendengar menjadi faham dan apabila Baginda mendatangi rumah seseorang, maka Baginda akan mengucapkan Salam tiga kali.” (Hadith Bukhari)

7. Menjauhi perdebatan sengit

Sabda Rasulullah saw: “Tidaklah sesat sesuatu kaum setelah mendapatkan hidayah untuk mereka, melainkan kerana terlalu banyak berdebat.” (Hadith riwayat Ahmad dan Tirmidzi)

Dan dalam hadis lain disebutkan sabda Nabi saw: “Aku jamin rumah di dasar syurga bagi orang yang menghindari berdebat sekalipun ia benar, dan aku jamin rumah di tengah syurga bagi orang yang menghindari dusta walaupun dalam bercanda, dan aku jamin rumah di puncak syurga bagi yang baik akhlaknya.” (Hadith riwayat Abu Daud)

8. Menjauhi kata-kata keji, mencela dan melaknat

Sabda Rasulullah saw: “Bukanlah seorang mukmin jika suka mencela, melaknat dan berkata-kata keji.” (Hadith riwayat Tirmidzi dengan sanad Sahih)

9. Menghindari banyak membuat lawak

“sesungguhnya seburuk-buruk orang di sisi ALLAH S.W>T di hari kiamat kelak ialah orang yang suka membuat manusia tertawa.” (Hadith riwayat Bukhari)

10. Menghindari ghibah (mengumpat) dan mengadu domba

Sabda Rasulullah saw: “Jangalah kalian saling mendengki, dan janganlah kalian saling membenci, dan janganlah kalian saling berkata-kata keji, dan janganlah kalian saling menghindari, dan janganlah kalian saling meng-ghibah satu dengan yang lain, dan jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara.” (Hadith riwayat Muttaafaq’alaih)

11. Jangan menghina atau mengaibkan orang lain

Sabda Rasulullah saw: “Jika seseorang menceritakan suatu hal padamu lalu ia pergi, makan ceritanya itu menjadi amanah bagimu untuk menjaganya.” (Hadtih riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kami mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain, dan janganlah setengah kami mengumpat setengahnya yang lain. Adalah setengah kami suka memakan daging saudaranya yang telah mati! (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kami jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Penerima Taubat, lagi Maha mengasihani.” (Al-Hujuraat: ayat 12).

Rasulullah saw bersabda: “Sesiapa yang menutup aib saudara muslimnya maka Allah akan menutup aibnya di akhirat.” (Hadith riwayat Tirmidzi disahihkan oleh AL-Albani).

12. Mengucapkan :Inshaa Allah” terhadap sesuatu rancangan atau sesuatu yang belum pasti.

“Dan janganlah kami mengatakan terhadap sesuatu: “Sesungguhnya aku akan mengerjakan itu besok pagi, kecuali (dengan menyebut): “Inshaa Allah”, dan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenaranya daripada ini.” (Al-Khafi, 18: 23 – 24)

Sumber : Amin Hussaini

Foto : Dimana Bidadari

Masukan email anda untuk melanggan artikel percuma dari kami.

Anda mungkin meminati