Laman Informasi Dan Inspirasi

- Advertisement -

9 Minuman Sihat Dan Menyegarkan Untuk Ibu Hamil

Kebanyakan ibu hamil mesti minum air cukup¬† atau yang sarankan adalah 8-12 gelas sehari bergantung kepada individu (air putih sahaja tau, kalau air manis 12 gelas sehari nanti ibu-ibu kena diabetis pulak). Sepanjang hamil, tubuh ibu akan bergantung pada air untuk mendapatkan khasiat tambahan. Disini dikongsikan 9 minuman sihat dan menyegarkan untuk ibu hamil. Almaklumlah ibu hamil ni asyik panas je memanjang ūüėÄ

 

9 Minuman Sihat Dan Menyegarkan Untuk Ibu Hamil

1.  Air Kosong / Air Masak

Bila bercakap tentang minum air kosong, mesti ramai yang mengeluh. Banyak sangat alasan seperti nanti kerap ke tandas, air kosong tak sedap dan paling popular tak sempat minum.

Semasa hamil, badan anda memerlukan lebih banyak air untuk menangani permintaan badan anda. Air adalah penting untuk sel-sel darah yang sihat dan untuk mengekalkan hidrasi badan. Air juga merupakan komponen utama susu ibu, dan penting bagi pengeluaran susu yang baik. Ini dalah waktu terbaik untuk anda minum air kosong.

2. Air Kelapa

Air kelapa merupakan sejenis minuman isotonik semula jadi yang mempunyai magnesium dan kalium, oleh itu ia membantu mengelakkan dehidrasi (nyahhidrat). Air kelapa juga melegakan keletihan dengan mengembalikan garam semula jadi dalam badan yang hilang apabila anda berpeluh. Ia adalah pilihan yang sangat sihat untuk melegakan dahaga ketika mengandung.

Bagi ibu hamil yang susah nak membuang air besar, air kelapa sangat bagus untuk pencernaan kerana kandungannya yang rendah lemak dan kalori, yang juga dapat mengelakkan daripada berat badan bertambah.

BACA JUGA : Amalkan 6 Tips Ini Jika Anda Ingin Turunkan Berat Badan

3. Lemonade

Jus limau atau lemonade mengekalkan hidrasi badan dan membekalkan vitamin C yang membantu badan anda menyerap zat besi dengan lebih berkesan. Anda boleh meminumnya bila-bila masa atau disajikan bersama hidangan makanan. Dan jika anda mengalami mabuk hamil, jus limau atau lemonade dengan daun pudina dan halia boleh menjadi minuman alternatif yang lazat.

Kebaikan Lemonade Xpresh
Manfaat Lemonade

Nak lagi senang, mudah dan cepat, ibu-ibu boleh terus beli serbuk lemonade yang ada dijual dipasaran seperti Lemonade Xpresh . Lemonade Xpresh ini juga adalah minuman sihat dan menyegarkan untuk ibu hamil. Banyak kebaikan Lemonade Xpresh ni tau.

4. Jus Segar

Jus segar dari limau manis, oren, tembikai dan tembikai wangi adalah minuman yang sesuai untuk cuaca panas. Jika anda minum jus segar yang baru diperah, ia penuh dengan semua nutrien daripada buahnya. Jika anda membeli jus dari kedai, pastikan ia mempunyai label “100% jus”. Jika tidak, minuman itu mungkin mengandungi gula tambahan dan perisa tiruan.

5. Minuman Bersusu

Produk susu kaya dengan kalsium, protein dan vitamin B-12. Dalam cuaca panas, susu skim sejuk, lassi dan susu mentega sesuai untuk menyegarkan dan mengekalkan hidrasi badan. Susu kocak atau “smoothie” buah-buahan yang dibuat menggunakan susu, dadih, ais dan buah-buahan ini penuh dengan mineral dan nutrien. Semua ini menghidratkan badan anda selain merupakan makanan ringan yang sihat di antara waktu makan. Walau bagaimanapun, bincanglah dengan doktor anda jika anda mengalami masalah tak toleransi laktosa.

BACA JUGA : 10 Tips Merangsang Kehamilan Dan Makanan Tambahan Yang Disarankan

7. Jus Sayur Buatan Sendiri

Jika anda mempunyai masalah mendapatkan sayuran yang mencukupi dalam diet anda, cuba minum sayur-sayuran anda. Pada waktu siang yang panas, jus sayur-sayuran sejuk memang lazat. Ia juga akan menyegarkan dan memberikan anda nutrien.Baca lebih lanjut mengenai cara-cara mudah untuk makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran.

8. Moktel Buah-buahan

Membantu anda mendapatkan beberapa nutrien yang anda dan bayi anda perlukan. Buah yang sesuai untuk digunakan termasuk strawberi, laici, dan limau.

9. Air Dengan Buah-buahan Beku

Anda boleh menjadikan segelas air kosong lebih menyegarkan dengan menambah buah-buahan beku seperti oren, lemon, kiwi, pic, aprikot dan plum, bukannya ketulan ais sahaja. Buah beku juga kelihatan berwarna-warni terapung-apung di dalam air yang jelas dan ia menyejukkan minuman anda sambil memberikan sedikit rasa buah apabila ia mencair..

10. Teh Ais

Dalam cuaca panas, teh ais mungkin lebih menyegarkan daripada yang panas. Hirisan lemon yang ditambah pada teh ais juga boleh melegakan mabuk hamil. Namun begitu, perlu diingat bahawa teh mengandungi kafein, oleh itu berpada-padalah meminumnya. Ketahui lebih lanjut mengenai jumlah kafein yang selamat diambil ketika hamil.

Kurangkan Manis Dalam Minuman

Untuk 9 minuman sihat dan menyegarkan untuk ibu hamil ni jangan amalkan selalu ya, kalau sekali sekala tak apa. Nanti kalau berat badan naik, gula naik, kena marah dengan cik misi pulak. Jadi, perbanyakkanlah minum air putih atau air masak. Kalau kurang minum air ni menyebabkan sembelit, rasa letih, sakit kepala dan dehidrasi yang serius mungkin akan membawa maut.

 

Sumber : https://www.babycenter.com.my

Anda mungkin meminati