Rahsia Cara Mendidik Anak Perempuan dan Membesarkan Mereka

Bagi ibubapa yang mempunyai anak lelaki dan juga anak perempuan pastinya telah menyedari perbezaan ketara yang terdapat hasil dari perbezaan jantina ini.

Perbezaan dari segi emosi, personaliti dan juga psikologi membuatkan ibubapa tidak boleh menggunakan kaedah mendidik anak yang sama untuk keduanya. Oleh hal demikian, terdapat beberapa kajian yang dilakukan untuk mengenalpasti cara mendidik yang sesuai mengikut jantina anak-anak anda.

BACA JUGA : Ini Cara Didik Anak Yang Ibubapa Perlu Amalkan

Adalah penting bagi ibubapa untuk menyedari dan mengetahui cara yang tepat bagi memastikan anak-anak dapat dididik dengan sempurna. Dalam artikel kali ini, akan dikongsikan cara mendidik anak perempuan dan cara yang sesuai digunakan untuk membesarkan mereka.

Ketahui Pengaruh Anda Berbanding Yang Lain

Sebenarnya, ibubapa sering terlupa bahawa anda sebenarnya mempunyai pengaruh yang lebih besar terhadap anak anda. Namun, kebanyakan ibubapa sering beranggapan anak anda sebenarnya tidak suka berkongsi apa-apa dengan anda dan menganggap anak anda lebih pentingkan kata-kata daripada rakan-rakan mereka.

Tanggapan ibubapa ini adalah salah sama sekali. Anak anda sebenarnya lebih pentingkan pendapat anda dan anda sebenarnya mempengaruhi setiap keputusan dan tindakan mereka. Namun, jika satu masa nanti anak anda sudah tidak mengutamakan pendapat anda terlebih dahulu dan tidak lagi sudi berkongsi apa-apa dengan anda, sedarlah bahawa mungkin ada silap dari pihak anda sendiri yang menyebabkan perkara ini berlaku. Anda mungkin kurang memberikan masa yang berkualiti untuk mereka.

Anda juga mungkin tidak menghormati apa yang mereka cuba sampaikan. Mungkin juga cara anda berkomunikasi dan berinteraksi dengan anak anda tidak sesuai sekaligus menyebabkan mereka berasa kurang selesa untuk menerima pendapat anda.

Berikan Pilihan Untuk Anak Anda

Bagi anak perempuan, keyakinan diri mereka akan lebih cepat untuk jatuh berbanding dengan anak lelaki kerana mereka lebih cepat matang dan membesar sekaligus menjadikan pemikiran mereka mulai kompleks serta mulai ada fikiran-fikiran negatif dalam diri mereka.

Kadangkala, kesilapan ini berpunca daripada ibubapa sendiri. Anda sering merasakan landasan yang terbaik untuk anak perempuan anda adalah segalanya yang lebih bersifat keperempuanan. Sebagai contoh, anda tidak dapat pisahkan anak perempuan dan warna pink. Jadi, anda sering berikannya pakaian yang berwarna pink. Mungkin sewaktu mereka masih kecil mereka tiada masalah, namun hal ini tidak akan sama lagi apabila mereka mulai menginjak usia remaja.

BACA JUGA : Cara Mendidik Anak Lelaki Menjadi “Gentleman”

Ada kemungkinan mereka beranggapan warna pink tidak sesuai dengan warna kulit mereka dan mereka akan menjadi kurang berkeyakinan untuk tampil berpakaian sedemikian. Apa kata jika anda berikan mereka kebebasan untuk memilih?

Tidak kira dalam apa jua keadaan sekalipun, berikan mereka pilihan. Hal ini termasuk jugalah dalam pemilihan sukan yang sesuai atau yang digemarinya. Cuba pisahkan sukan umum yang diminati kaum hawa iaitu bola jaring. Berikan anak perempuan anda kebebasan untuk memilih.

Jangan Terlalu Manjakannya

Kebanyakan ibubapa secara tidak langsung tidak sedar bahawa mereka terlalu banyak memberikan bantuan untuk anak mereka berjaya.

Sebagai contoh, risaukan anak anda dimarahi di sekolah kerana tidak menyiapkan kerja sekolah, anda memilih untuk terus memberikannya jawapan atau cuba untuk membuat kesemuanya sendiri walaupun salah anak anda sendiri kerana terlupa ada kerja sekolah yang perlu disiapkan.

Bantu mereka untuk siapkan dengan mengajar mereka atau temani mereka untuk siapkan kerja sekolah. Ajarnya sekali “seksa” berjaga malam untuk menyiapkan kerja sekolah supaya anak anda akan ingat perkara ini sampai bila-bila. Begitu juga dalam hal-hal lain.

Biar mereka berlajar erti kegagalan supaya mereka punyai keinginan untuk bangkit kembali dan akan lebih berhati-hati di masa hadapan. Ia juga penting supaya jiwa mereka menjadi lebih cekal dan mentaliti mereka juga akan menjadi semakin kuat.

Seperti yang telah dinyatakan diatas, cara-cara tersebut merupakan diantara cara mendidik anak perempuan yang boleh anda lakukan sebagai ibubapa.

Ada banyak lagi cara yang boleh anda lakukan dan anda perlu pastikan samada ia mudah dan sesuai untuk diaplikasikan dalam proses anda untuk mendidik anak perempuan anda ataupun tidak kerana anda perlu mengambil kira berbagai faktor lagi untuk memastikan keberkesanannya.

Masukan email anda untuk melanggan artikel percuma dari kami.

Anda mungkin meminati