Laman Informasi Dan Inspirasi

- Advertisement -

Perlukah Ovarian Cyst Dibedah? Ini Adalah Tanda-Tanda Fibroid Dan Cyst Dalam Rahim Yang Bermasalah

APA ITU OVARIAN CYST?

Ovarian cyst merupakan satu bentuk ketumbuhan yang secara majoritinya terdiri daripada cecair di dalam dinding selaput yang nipis. Ovarian cyst terletak di dalam ovari seorang wanita dan kebiasaannya lewat untuk dapat dikesan kewujudannya.

Ketumbuhan ini boleh menjadi semakin membesar dari sebesar saiz sebiji batu kecil, sehinggalah ke saiz sebiji buah tembikai.

BACA JUGA : 7 Khasiat Buah Tembikai Yang Menyembuhkan Pelbagai Penyakit

Menurut kata Dr.Zubaidi Hj.Ahmad, Ovarian Cyst bukanlah bersifat penyakit. Dr.Zubaidi juga berkata,
Pada wanita yang normal, setiap kali kitaran haids, organ ovari akan membentuk gelembung dinamakan ovarian folikel. Ia mengandungi ovum, yakni benih wanita. Selepas ovum dikeluarkan, ovarian folikel ini akan mengecut, tetapi ada sesetengahnya terus membesar melebihi 2cm. Ini dinamakan ovarian cyst.

Kebanyakan wanita mula sedar yang mereka ada Ovarian cyst selepas menjalani ujian ultrasound untuk mengenal pasti tahap kesuburan mereka. Ovarian cyst yang normal akan membesar dan pecah untuk mengeluarkan telur ovum ketika ovulasi. Cyst yang pecah ini dinamakan follicle.

BACA JUGA : 9 Minuman Sihat Dan Menyegarkan Untuk Ibu Hamil

Jika cyst ini tidak pecah, saiznya akan bertambah besar dan dinamakan functional cyst. Ia tidak merbahaya melainkan jika saiznya semakin membesar dan terus membesar.

PERLUKAH OVARIAN CYST DIBEDAH?

Pembedahan bukanlah cara rawatan yang mesti dilakukan ke atas setaip pesakit. Oleh itu, setiap ovarian cyst tidak semestinya dibuang melalui cara pembedahan. Pembedahan hanya akan di lakukan dengan tiga tujuan.

  1. Untuk melakukan Biopsy. Jika doktor mengesyaki ianya mungkin kanser, maka sedikit contoh tisu akan diambil bagi menentukan sama ada kanser atau tidak.
  2. Membuang ovarian cyst itu jika ianya mendatangkan masalah yang teruk kepada pesakt. Contohnya sakit perut, kitaran haid yang tidak betul dan sebagainya. Atau jika saiz diameter ovarian cyst melebihi 5cm, kerana dibimbangi ia akan pecah dan ada kesan-kesan lain.
  3. Untuk melakukan pembuangan ovari jika ketumbuhan ovari yang mulanya disangka ovarian cyst biasa tetapi kemudiannya disahkan sebagi ovarian cancer. Semua kes ovarian cancer mestilah menjalani pembedahan pembuangan ovari.

Bagi ovarian cyst yang bukan kanser dan tidak mendatangkan masalah kepada pesakit, doktor akan menimbang antara risiko dan kebaikan pembedahan itu. Pembedahan akan dipertimbangkan jika berlaku perkara-perkara berikut;

BACA JUGA : Khasiat Habbatus Sauda Untuk Kesihatan Anda

  • Ovarian cyst berlaku di kedua-dua belah ovari.
  • Ovarian cyst melebihi saiz 5cm.
  • Ovarian masih kekal saiz walaupun selepas menunggu 2-3kali kitaran haid.
  • Pemeriksaan ultrasound menunjukkan Ovarian cyst itu bukan jenis yang biasa.
  • Pesakit tidak pernah mengalami kitaran haid langsung.
  • Menggunakan pil perancang kehamilan.
  • Pesakit telah menopause.
  • Pesakit adalah gadis remaja.

TANDA – TANDA FIBROID DAN CYST DALAM RAHIM YANG BERMASALAH

  • Gangguan Haid
  • Keputihan
  • Masalah ketidaksuburan
  • Kemandulan di kalangan wanita
  • Hubungan suami isteri yang dingin atau sakit ketika bersama
  • Perut kembang
  • Angin yang keluar dari vagina (Kentut Vagina)
  • Rasa gatal dan keluar bau kurang enak pada vagina
  • Kerap membuang air kecil ketika batuk, berlari dan berlompat
  • Kerap letih dan lesu
  • Sakit lutut dan tumit
  • Kesejukkan kaki dan tanggan
  • Kekejangan otot dibawah betis (simpul mengkarung)
  • Kerap keguguran
  • Ketumbuhan fibro dan cyst

 

Foto : https://healthjade.com

Anda mungkin meminati